~♥CoReT-cOrEt BuDaK kEcIk♥~


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW
♥Collecting Terms♥

follow me ya..


♥Special Song♥

enjoy it




♥A Big Thanks♥

give a big clap for them




# Template by Aqila Farah Zulkifli

.

# Basecode by Yasmin/Yacemin

.

# Header by Aina Najihah


# Re-dit by Miss Zahra


2013, 2014
Tuesday 31 December 2013 | 0 Chenta Little

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi

-Assalamualaikum-

31.12.2013. Tarikh terakhir untuk tahun ini sebelum bermulanya 2014. Tahun baru,cerita baru, memori baru. Sedih bercampur gembira menerima kehadiran tahun baru. Sedih kerana banyak kenangan indah yang telah tercipta sepanjang tahun ini, gembira kerana banyak lagi kenangan indah bakal tercipta. Indah kerana mengikut segala yang Allah telah tentukan. Benar, perancangan Allah adalah yang terbaik. <3

Tahun ini yang membawa diri ini ke dunia kampus. Kampus yang memisahkan dari negeri sendiri serta jauh dari keluarga. Kehidupan kampus yang suka duka. Kisah cinta lama yang sukar dilupakan, mengharapkan kisah cinta yang lebih indah. Usaha untuk menjadikan diri lebih baik, berusaha mengubah tanggapan orang ain terhadap diri, membuktikan sesuatu. Peristiwa-peristiwa itulah yang telah meniti sepanjang tahun ini.

Khas untuk tahun 2013 dan 2014..

2013,
Kini kamu hampir pergi,
Segala kisah tersimpan di hati,
Hanya kenangan pengubat diri.

2013,
Cerita yang kau coret indah tak terperi,
Tangisan dan tawa silih berganti,
Namun senyuman sering pasti.

2013, 
Bawalah semua itu pergi,
Izinkan diri bernyawa sekali lagi,
Dengan hidup yang penuh iusi.

2014,
Permulaan baru kini di nanti,
Harapan menggunung amatlah tinggi,
Moga kegembiraan dipenuhi di diri..

~ Good bye 2013, Welcome 2014~


~♥thanks for reading this little gurl punyer celoteh♥~ :)





Older Post | Newer Post
Pink Cherry