~♥CoReT-cOrEt BuDaK kEcIk♥~


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW
♥Collecting Terms♥

follow me ya..


♥Special Song♥

enjoy it




♥A Big Thanks♥

give a big clap for them




# Template by Aqila Farah Zulkifli

.

# Basecode by Yasmin/Yacemin

.

# Header by Aina Najihah


# Re-dit by Miss Zahra


bayang itu akan pergi
Friday 15 November 2013 | 0 Chenta Little

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi

Assalamualaikum.. Lama dah insan ini menyepikan diri,mencari rahsia di sebalik diri sendiri, mencantum memori-memori lama, mencari jawapan pada sebuah persoalan. Saat itu, insan ini sedar, kita tidak boleh pernah menafikan apa yang telah terjadi. Sama dengan diri insan ini sendiri. Terus meneruskan menipu diri sendiri, Menafikan segala yang pernah berlaku, segala memori yang melukakan itu, mencuba untuk melupakannya, tapi ini hakikat kehidupan. Setiap yang berlaku dalam hidup tidak akan dapat dilupakan kecuali dengan izin yang maha kuasa. Semakin kita ingin melupakan, semakin kita mengingatnya. 

Ya, kini insan ini sudah belajar. Mulai saat ini, memori itu akan dalam kenangan, akan selalu dikenang kerna memori itulah yang talah mematangkan insan ini. Dan buat insan itu, diri ini sedih kerana segala yang telah kamu lakukan,tapi hati itu milik kamu sendiri, tiada siapa yang mampu menghalang. Diri ini rasa lebih tenanag bila mengetahui kamu bahagia, hanya insan ini yang masih lagi sukar melepaskan bayang-bayangmu. Tapi mungkin suatu hari nanti kerana diri ini sedang berusaha. Dan seperkara yang amat membuat diri ini sakit kerana kehilangan seorang sahabat baik,sahabat rapat seperti insan itu. Sungguh, diri ini terlalu rindu dengan insan itu sebagai sahabat, kerana dialah yang selama ini yang membuat insan ini menjadi lebih tabah dalam hidup. thanks,thanks, thanks. Hanya itu yang ingin diucapkan buat insan itu. Jangan pernah kamu kata lagi yang kamu tidak layak untuk aku kerana diriku terlalu baik, kerana aku yang tidak layak bagimu kerana dirimu mampu berubah menjadi berganda-ganda lebih baik dari sebelum ini sedangkan aku masih disini, tidak berganjak. Masih daam gelap ini yang entah bila akan sedar.

Insan itu, hakikatnya diri ini terasa amatlah sakit bila mengetahui hakikat sebenar, tapi diusahakan juga untuk tabahkan diri, ya, kerana satu perkara yang aku pegang. KEPERCAYAAN..  Masa tidak mungkin mengubah segala-galanya kerana semua yang berlaku adalah takdir.. dan semua yang berlaku ada hikmah. Aku yakin pasti ada sebab aku kenal kamu, ada sebab aku terpisah dari kamu, ada sebab aku masih belum dapat melupakan kamu, dan ada sebab mengapa kau dengan nya.. Semuanya pasti akan terjawab bila tiba saat dan waktunya. Itu yang aku percaya dahulu, kini dan selamanya. Dan kepercayaan itu tidak akan pernah berubah.

Buat insan itu, teruslah berusaha kearah yang kamu sedang tuju kini. Sesungguhnya insan ini kagum dengan dirimu, semoga kamu selalu berada di landasan yang sedang kamu ambil kini. Doakan insan ini agar dapat mencari identiti diri yang sebenar dalam kehidupan ini walaupun mengambil masa yang lama. Teruskan dengan hidupmu, jangan pernah berpaling jika sebabnya adalah aku. Terus kau langkah, usah kau perduli kerana itu hanyalah bayang-bayangmu yang dahulu. Aku janji aku akan lepaskannya suatu hari nanti agar ia pergi kembali pada dirimu tanpa sekatan dari aku lagi. 

# hanya cebisan cerita dari sebuah hati


~♥thanks for reading this little gurl punyer celoteh♥~ :)





Older Post | Newer Post
Pink Cherry