kala ia menggamit kembali
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi
assalamualaikum...
Rasanya sudah lama tuan punyer blog ini mendiamkan diri,tiada khabar berita, sepi sesepi sepinya.. tetapi itu lah hakikat kerana diri ini telah dilanda kesibukan yang melampau sepanjang bulan ini. Terlalu banyak perkara yang harus difikirkan, dilakukan dan diselesaikan dalam masa yang singkat ini.Bukan mencipta alasan tetapi itu kenyataan yang sememangnya susah untuk dipercayai..
Melangkah ke hari-hari terakhir menjadi pengangur,debaran kini sentiasa menghantui diri ini. Lup,dup,lup,dup... umpama berlari yang tiada henti.. Kini diri ini hanya mampu untuk terus menanti dan mengikut sahaja langkah kaki yang bakal melangkah entah mengikut haluan yang mana. Tetapi yang hanya disematkan dalam diri ini,sesungguhnya itu jalan terbaik buatku..
Menjejakkan kaki kembali ke tempat tumpah segala ilmu mengamit seribu satu kenangan, kenangan manis yang amat ku rindu, kenangan pahit yang tak ingin aku lupa. kerna kenangan itu yang membuat diri ini mengenal erti hidup yang sebenarnya. terima kasih buat semua buat kenangan itu dan jutaan terima kasih buat seseorang di sana yang telah mengajar banyak hal dalam kehidupan ini. diri ini tidak akan melupakan semua itu,ianya akan terpahat di hati buat selamanya..
Sesungguhnya melihat wajahnya membuat diri ini terasa ingin menangis dan tersenyum dalam satu masa. memang benar masa merubah segalanya, tetapi satu perkara yang itu amat susah untuk di ubah.. walau sudah berusaha sekuat yang mungkin,namun ia masih begitu,dan kekal tanpa sebarang perubahan. Diri ini mohon maaf andai tigkah laku yang dingin itu membuat terasa hati, tetapi itu sahaja cara yang ditemui untuk mengelakkan ianya berulang dan menyebabkan pisang berbuah dua kali. Bukan maksud untuk tidak menegur,tidak melakarkan senyuman,tetapi bimbang disalah tafsir dan mungkin mencetuskan perang dingin yang entah kali yang ke berapa.. tatapi, ketahuilah bahawa dirimu adalah sahabat terbaikku buat selamanya.. ku sayang dirimu kerna Allah..
Hanya satu yang ku harap dari dirimu.. berbahagialah selalu kerna senyuman itu turut membuat diri ini gembira.. Yang mampu kulakukan hanyalah mengirimkan doa dari jauh kerna aku tidak mampu untuk sentiasa berada dekat dengan dirimu. ikatan yang pernah kita bina itu kekal dalam pahatan hatiku dan aku tidak ingin ianya putus.. biarkan ia kekal tersimpul erat sebegitu buat selama-lamanya wahai teman..