result oh result
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi
assalamualaikum..
tiba-tiba ingatkan result yang bakal keluar, takutnya.. result stpm dah diumumkan bila keluarnya, tapi spm takde sebarang information lagi..arghh!!! memikirkan result buat kepala rasa pening, stress.. kalau kata orang dulu-dulu mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.. tapi budak kecik nie bila stress makin la banyak makannya,itu la sebabnya berat badan bertambah-tambah sekarang.. tidur lena je, tapi suka je tidur lewat..:) kalau mandi konfem-konfem la basah kan, nama lagi mandi,guna air tu.. kalau tak basah tu tak mandi la sebenarnya.. betol tak??? so, pepatah tu tak boleh la digunakan dalam hidup kita nie..
ok, berbalik pada result.. makin dekat result nak keluar,makin la banyak insan-insan yang hantar mesej yang suruh forward nie.. kalau tak forward macam-macam la dikatakan akan berlaku.. jangan la percaya semua tu tau.. ingat, segala yang berlaku nie dah ditetapkan oleh Yang-Satu. kita sebagai hamba kenalah percaya pada kuasa Allah,kemudian redho la kalau itu yang kita peroleh kerana itu yang terbaik buat kita.. insyaallah..
so,dalam beberapa hari sahaja yang tinggal nie, banyak-banyak la berdoa.. bina kekuatan dalam diri untuk belajar menerima hakikat, walau apapun keputusan yang diperolehi. apa yang kita mampu buat kini hanyalah berdoa, tawakal dan berserah sepenuhnya pada Allah. doa itu lah yang menjadi senjata bagi kita sebagai orang islam.. gunakanlah senjata itu dengan sepenuhnya.
jom kita bersama-sama berdoa agar semua calon-calon spm 2012 akan mencapai keputusan yang cemerlang seperti yang diinginkan. semoga keputusan yang diperoleh dapat membuat semua orang yang terdekat dengan kita tersenyum lebar.. doa-doakan lah..
THE END..