ADAM VS HAWA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
assalamualaikum semua adam dan hawa
sesungguhnya telah ditakdirkan dalam hidup ini, setiap makhluk yang bernama manusia yang hidup di muka bumi ini akan mempunyai satu perasaan antara satu sama lain, perasaan ingin menyayangi dan disayangi. tiada yang pernah meminta akan hadirnya persaan itu, ia hadir dengan sendirinya.. itu lumrah kehidupan.. perasaan itu tidak salah malah tidak berdosa untuk mempunyai perasaan sebegitu, tetapi cara menzahirkannya itu yang salah..
ya,sememangnya adam dan hawa itu diciptakan untuk saling melengkapi, tapi bukan dengan couple.. couple itu tidak menghalalkan untuk bersentuhan.. mengapa kini istilah couple itu umpama satu tiket yang membenarkan untuk berdua-duaan, bermanja-manja,bersentuh-sentuh sesuka hati?? ianya sudah menjadi seperti perkara biasa dan dipandang remeh.. zaman kini, ucapan "saya sayangkan awak" terlalu murah.. terlalu mudah untuk menuturkannya kerana kata-kata itu diucapkan tetapi tidak dimaksudkan.. ianya sudah menjadi satu ucapan biasa yang sudah hilang nilai tingginya..
MISSNEVERKNOW faham kadang-kadang kita tersilap langkah, kita menyangka kita telah matang untuk membuat keputusan sendiri sedangkan terlalu banyak lagi yang kita perlu pelajari.. MISSNEVERKNOW sendiri pernah terjebak dalam situasi itu, tetapi alhamdulillah Allah berikan hidayah-Nya untuk berubah..MISSNEVERKNOW tidak pernah menyangka akan menjalani kehidupan umpama sebuah kisah novel (kata kawan-kawan) yang kelihatan cukup hebat.. xpernah diri ini menyangka akan bertemu dengan MR.N.. hanya bermula sebagai posmen tidak bertauliah, yang membawa kepada teman rapat dan sehinggalah couple.. siapa sangka akan wujud perasaan itu dalam diri ini, tetapi ianya berlaku dalam sekelip mata..
tetapi couple itu tidak lama, hanya sebulan, kemudian kami hanya lah menjadi sahabat rapat,tatapi perasaan itu masih tetap ada,namun cukuplah disimpan kerana tahu diri ini tidak kuat untuk menghadapi saat couple yang terlalu dasyat..MISSNEVERKNOW bersyukur krena dalam sbulan itu, tiada berlaku sebarang sentuh-menyentuh yang disengajakan.. dan mungkin kerana itu MR.N tidak mahu couple lagi. tetapi MISSNEVERKNOW tidak pernah menyesal,rasa sedih tu ada la kerana sayang pada MR.N itu benar-benar sayang dan amat mengharapkan dialah imam dan nahkoda dalam melayari hidup ini. tetapi siapa tahu rahsia Tuhan,kalau jodoh tak kan kemana.. itu yang MISSNEVERKNOW pegang selama ini.
sehingga kini susah untuk kikis perasaan ini, betapa sayu dan sedihnya hati ini bila melihat MR.N dengan seseorang yang lain(lebih menyakitkan orang itu agak rapat dengan miss). saat itu sedihnya tidak dapat ditahan,semuanya terluah hanya dengan air mata.. namun,kawan-kawan sentiasa ada disisi,mereka lah yang memberi sokongan dan motivasi. MISSNEVERKNOW belajar untuk menerima hakikat itu,namun hanya hakikat itu yang diterima, perasaan itu tidak pernah hilang. mudah untuk mengaburi mata orang lain hanya dengan menyatakan "saya dah boleh lupakan dia", tetapi diri sendiri amat sukar.. walaupun fikiran sentiasa menidakkan namun hati masih menyatakan "sayang ini masih padamu"..tetapi biarlah ia menjadi rahsia hati ini sahaja..
so, adam dan hawa.. berjihadlah dalam melawan rasa itu, malah andai nyawa diambil saaat itu, anda adalah seorang yang syahid.. dan nyakinlah andai dia yang terbaik buatmu, insyaallah pasti dipertemukan kembali dalam satu ikatan yang halal. berdoalah padaNya, mengadulah padaNya, dan mintalah padaNya.. sesungguhnya DIA telah menetapkannya yang terbaik buat kita.. yakinlah pada kekuasaanNya..