~♥CoReT-cOrEt BuDaK kEcIk♥~


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS NEWER OLDER +FOLLOW
♥Collecting Terms♥

follow me ya..


♥Special Song♥

enjoy it




♥A Big Thanks♥

give a big clap for them




# Template by Aqila Farah Zulkifli

.

# Basecode by Yasmin/Yacemin

.

# Header by Aina Najihah


# Re-dit by Miss Zahra


Ragam Kehidupan
Friday, 7 August 2015 | 1 Chenta Little

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi

Assalamualaikum..

        H.I.D.U.P perkataan yang paling sinonim dengan kita semua. "Tak cakap pun orang tau"-someone will say it while reading that statement. Yup, semua orang tau. Malah mungkin lebih arif dari orang yang menaip ni. Tapi, adakah kita benar-benar memahami maksud sebenar hidup tu sendiri. Beza ke hidup dan kehidupan?? And,there will be two answers for the question.

First: 'sama je, tak ade beza pun. Hidup tu kata dasar kehidupan. Tu pun nak pening-pening ke?'

And next answer, the most annoying answer.

'Beza la.'
'What it is??'
'The SPELLING'

Kalau nak cakap beza ejaan tu, tanya budak tadika pun confirm semua boleh jawab. Think before speak,and also before give an answer.

ok,stop with all the definition. For me, hidup tu sama maksud dengan nyawa. Nyawa = Life. Macam korang main game Candy Crush, bila dah habis life korang kena stop dulu and tunggu a few minutes or hours to continue back. Tu game, boleh stop,pause,continue. In real life, once you dead,you are dead, you will never live again. Never.

Kehidupan pula korang boleh imagine macam satu garis masa. Dari mula sperma dan ovum bertemu, hingga ke saat korang baca ayat ni. There are time in what you call 'kehidupan'.

so,mana lagi penting?? Kehidupan ke hidup?
My answer: "Both"

Korang takkan lalui kehidupan kalau korang tak hidup, and vice versa. 

'Apa yang dah aku buat sepanjang aku hidup?'
'Apa beza kehidupan aku dengan orang lain?'

Let me stop here first, and I leave those two question without answer for now. Think the answer carefully. 

Kita nak cari makna hidup, kita lalui kehidupan. Dan kehidupan itulah yang membawa kita untuk lebih dekat dengan Dia andai kita benar-benar hidup dengan the real meaning of life.

Continue next time with the answer..

With love,
  Me




~♥thanks for reading this little gurl punyer celoteh♥~ :)




COUPLE?? UNTUK APA??
Sunday, 2 February 2014 | 0 Chenta Little

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi

assalamualaikum..


Ini hanya sekadar perkongsian dari apa yang telah dibaca. Andai penulisan nanti ada cacat-celanya, harap dimaafkan.

   Allah itu Maha Adil Dan Maha Kuasa. Dia menciptakan wanita itu lemah, tetapi telah disiapkan untuknya seorang adam yang sifatnya kuat. Dia ciptakan adam itu sukar mengawal perasaan, tapi disediakan pula untuk adam itu seorang wanita yang sifatnya sabar. Hebatkan ciptaanNya. Setiap yang Dia ciptakan akan saling melengkapi antara satu sama lain. Subhanallah..

  Namun mengapa kini ada fenomena yang kian menjadi trend,sesuatu yang sepatutnya dirasakan sesuatu yang luar biasa tapi dianggap biasa, sesuatu yang sememangnya perlu. Couple. 

  Kesalahan itu bukan diletakkan pada istilah couple itu, tapi pada perlakuan insan-insan yang bercouple. Soalan pertama yang saya sendiri tanyakan pada diri. "Sebenarnya, untuk apa couple itu?" Ya, sememangnya saya juga manusia biasa, pernah terjebak dalam dunia itu, dunia yang cukup indah, penuh kegembiraan. Tapi, Allah berikan kesedaran dalam diri pabila saya mengalami krisis dengannya. Dan kini saya bersyukur saya bukan milik sesiapa yang bergelar kekasih. Perasaan suka itu tidak salah, cara menunjukkannya tanpa mengikut batas-batas yang telah ditentukan yang salah. Andai benar suka, cuba kenali lebih dalam dan berdoalah agar jodoh untukmu itu lebih baik. 

  Adakah orang-orang yang couple itu sudah tentu akan kahwin. Tidak semestinya bukan. Jadi yakinlah dengan qadar dan qadar Tuhan. Telah dijanjikan setiap makhluk itu diciptakan secara berpasangan. Bila tiba masanya pasti kita akan bertemu dengan Insan yang kita tunggu itu. PASTI. Dan jika benarlah kita sayangkan seseorang, tunggulah dan lihat. Andai benar dia untuk kita, walaupun bertahun-tahun terpisah, namun kalau sudah dia yang tertulis, pasti bertemu jua. Saat itu pasti lebih indah dari bercouple bertahun-tahun lamanya, tetapi pada akhirnya insan lain yang memilikinya.

  Buat masa sekarang adalah masa untuk kita bersama-sama menyiapkan diri untuk insan istimewa dan semoga dia juga sedang berusaha sama dengan kita. Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk wanita yang baik, dan begitulah sebaliknya. Ingatlah, wanita yang baik itu umpama madu. Manisnya lebih, khasiatnya lebih. Wanita bukan seperti gula,yang walaupun manis namun sentiasa dikerumungi semut. Pilihan di tangan kita sendiri. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib orang yang tidak ingin menrubah nasibnya sendiri.






~♥thanks for reading this little gurl punyer celoteh♥~ :)





Older Post
Pink Cherry